Showing posts with label Hackers. Show all posts
Showing posts with label Hackers. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Unlock Ms Excel Protected Sheet

Anda download file xls attachment dari email, atau download dari website tapi bila nak modified atau ubah isi kandungan tak dapat. Excel file itu telah disetkan password agar tidak ada sesiapa yang dapat mengubah atau mengedit isi kandungannya. Tentu anda pernah mengalami keadaan sedemikian. Bagaimana caranya nak buang protected password tersebut?



Caranya tekan CTR A, lepas tu copy keseluruhan sheet yang nak di modified. Pergi ke open new blank workbook. Pastekan apa yang anda telah copy tadi. Sheet baru ini tidak akan ada password lagi. Anda boleh modified sesuka hati. Excel sheet yang ada macro tak dapat dilakukan dengan cara ini.

Sunday, April 12, 2009

Google Guide

Ebooks ni spesel punya. Banyak tips-tips untuk produk Google. Penerangan serba lengkap tentang fungsi produk-produk Google dan cara memanipulasikan semua kemudahan free ni untuk kesenangan webmaster dan juga internet user sekalian. Fungsi Google Set; bila nak guna dan bagaimana. Custom Search; bagaimana dapat memanfaatkan trafik site anda. Google Links; bagaimana, bila dan di mana lokasi yang sesuai untuk letak link, Google Answers; meleraikan kekusutan anda..dan banyak lagi. Toksah buang air liur cerita panjang-panjang. Download dan baca sendiri..

200 Hacking Tutorials

Banyak tutorial hack korang boleh dapat dari sini. Macam-macam ada...Networking, Win XP, Unix, Bit Torrent, Bios, Hack Window Admin Password. Cakap banyak tak guna..
Layannnzz

Monday, April 6, 2009

Exploiting Software How to Break Code

Bagaimana kepincangan software boleh berlaku? Bagaimana mat-mat hackers menjadikan sesuatu software pincang? Kenapa firewalls, pencegah pencerobohan dan antivirus gagal menyekat golongan ini (hackers)?
Apakah tools yang diperlukan untuk meng-crack-an sesuatu software? Buku ini mempunyai jawapannya.
Lengkap dengan contoh-contoh sebenar yang berlaku, pattern pencerobohan, tools yang digunakan, teknik yang digunakan oleh mereka. Jika anda ingin melindungi produk anda daripada golongan ini, terlebih dahulu anda perlu tahu bagaimana mereka beroperasi. Buku yang sangat penting untuk anda miliki, mempelajari bagaimana hackers beroperasi dan cara mencegahnya. Dalam buku ini anda akan belajar mengenai;
  • Kenapa eksploitasi software akan menjadi satu masalah yang semakin serius?
  • Bila network security tidak berfungsi?
  • Corak serangan
  • Reverse Engineering
  • Contoh klasik serangan ke atas software server
  • Serangan mengejut ke atas software pengguna
  • Kaedah untuk mencipta huru-hara
  • Perincian teknikal mengenai buffer overflows
  • Rootkits

Boleh sedut kat sini sayang..
Downloadlink 1

Gmail Hack

Buku yang julung-julung kali merungkaikan rahsia disebalik aplikasi Gmail. Gmail adalah aplikasi elektronik mail (email) oleh Google. Mempunyai banyak kelebihan berbanding aplikasi internet email yang lain. Kemudahan filter email, carian email, tag email, keyboard shortcut, dan banyak lagi..
Buku ini akan memberikan anda sentuhan hackers yang anda tak mungkin akan terfikirkan kemampuan sebenar Gmail. Antaranya membolehkan access email melalui desktop, guna Gmail APIs dlm Perl, Python, PHP dan bahasa programming yang lain. Dengan buku ini juga anda akan memaksimakan keupayaan Gmail sebagai message board, galeri gambar dan mungkin juga blog..

Boleh sedut kat sini
Download link 1